Jumat, 06 Maret 2009

Seorang Soleh bercerita, bahawa pada suatu hari dia marah pada dirinya sendiri, mungkin kerana terlanjur membuat kesilapan. Maka dengan marah dia berkata pada dirinya: “Akan aku campakkan engkau pada kebinasaan, wahai diri!”



Lalu dia pergi kehutan berhampiran rumahnya yang banyak terdapat singa di dalamnya. Di situ dia melihat dua ekor anak singa yang masih kecil-kecil sedang tidur, sedang ibu dan bapanya pergi mencari makanan. Orang soleh itu menghampiri anak singa itu dan berbaring diantara kedua-duanya. Dia berbuat nekad agar bila ibubapa singa itu dating, terus menyerangnya. Inilah yang dia harapkan.

 

Kemudian datanglah bapa singa itu dengan membawa daging dimulutnya. Apabila dia melihat ada orang tidur dekat anaknya, dia berhenti dan melepaskan daging dari mulutnya. Dia tidak menyerang atau marah, sebaliknya hanya duduk melihat saja kepada anak-anaknya dari jauh. Kemudian dating pula ibunya dengan membawa daging dimulutnya. Apabila melihat ada manusia berhampiran anaknya, dia melepaskan daging yang ada dimulutnya lalu meraung kuat sambil lari untuk menyerang orang soleh itu. Tetapi bapa singa segera menghalangnya, maka duduklah iubapa singa itu ditempat yang jauh. Kedua-duanya tidak bergerak-gerak sehingga beberapa jam.



Tiba-tiba bapa singa itu bangun dari duduknya dan berjalan perlahan-lahan menghampiri anaknya yang berada disisi orang soleh. Kemudian dengan hati-hati diambilnya seekor anaknya lalu diberikannya kepada ibunya. Lepas itu diambilnya pula yang seekor lagi dan dibawanya pergi. Seolah-olah singa itu bertindak lembut kerana tidak mahu menganggu atau menyakiti orang soleh itu. Ini adalah sebahagian keajaiban Allah yang diberikan kepada para wali Nya.
 

Subhanallah !!

Ternyata orang sholeh selalu dilindungi Allah ..
Sangat bahagia sekali jika setiap langkah kita selalu disertai-Nya. Dilindungi, dan diselamatkan dari hal-hal yang buruk. Di dunia dilindungi, bagaimana di akhirat ?
Allahu Akbar ..

3 komentar:

Naimz mengatakan...

Assalaamu'alaikum Ustazah Nadia,

Terima kasih melawat blog saya. Ya, memang benar di Malaysia kami tidak mempunyai rancangan seperti PILDACIL... belum ada lagi, mungkin.

"Para wali Allah adalah kekasih Allah; maka sudah pasti Allah akan mengasihi dan memelihara para kekasihNya..."

Didik mengatakan...

Assalamu'alaikum Wr

Ini ustadz Nadia pemenang pildacil Lativi dulu..?

Semoga senantiasa mendapat lindungan-Nya

Sekitar tahun 2007 saya pernah menulis surat ke alamat yang di Tabalong, apakah nyampai..

Syukron

Didik solo

Nadia Mahfuzah mengatakan...

W.slm ww
Iya ini saya Nadia PILDACIL
Amiin Ya Rabbal 'Alamin
Mv saya lupa. Memng waktu itu banyak surat. Jadi siapa j yang ngirim g hafal. Kunjungi facebook saya aj, nadia_ilalhaq@yahoo.com